Tuesday, October 27, 2009

Indah..

Ada 6 bentuk keindahan:

Bahasa-puisi

Suara-muzik

Warna-lukisan

Gerak-tarian

Moral& spiritual-kelakuan dan watak yg mulia

Fizikal manusia-perempuan.


Yang manis itu CINTA,

Yang pahit itu DUSTA..

Yang indah itu BAHASA,

Yang cantik itu BUDAYA..

Yang lemah BERPUTUS ASA,

Yang kalah BERMUKA-MUKA..

Yang gagah sentiasa BERUSAHA,

Dan yang menang BERLAPANG DADA.

Jebat Ali Hamka ‘09=)

Wednesday, October 21, 2009

Mutiara Kata2

“Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan hanya sekadar KETAWA..adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA..bersyukur pada orang yg MENYAKITI mu krn dia yg MENABAHKAN mu, bersyukur pada orang yg TAK MENGENDAHKAN mu krn dia yg memupukmu BERDIKARI, bersyukur pada orang yg MENYIKSA mu krn dia yg menguji KESABARAN mu dan KETABAHAN mu”

salam=)

Tuesday, October 20, 2009

Mukabuku.com

Em lu mcm keras jek nk wat bende2 social interaction ni.last2 layan gk..hehe.em, tp aku still bloging la don wory. Em yg bez dpat dgar citer2 lame dr membe yg da los contact da..ada bkal doc ada bkal engineer dll.sume nk tiru aku g fly overC..huhu. Sekadar bape contoh: Pojak Germany, Atuk India mari, Log, mape n Zarir Jepang, Pakly France, Aimin South Korea, Halim Ireland, Adam, Apek Tokey, Hapis dll UK. Ganja, Iqbal Russia.Australia n Indon byk sgt..Hop dll.nah ko!satu dunia geng aku!jgn lupe Sabah bah..hehe. tp bgus r..moga balik dpat berkhidmat tok Agama, Bangsa n Negara.


Yang dalam negeri same gk..Guy bkal ckgu Math..peh cm xcaye!dulu fail add math cm aku gk, cian ckgu Noi,hehe. Rob, Apple otai2 gk.Wafi bkal akauntan kot..cam Geng2 Kapal bkal Rule The World one Day jek =).Yg dok UTP cmfm r kua kje gempak..apa2 pun ada gk geng kt JB lu kan; Semai & SSI.


Tp ada disadvantages gk bende ni..gian satu hal pantang online nila bende pertama yg di bukak. Tp lu ada kes murtad yg kat US. Minah ni layan Fb ngan sorang father last2 die follow father ni..still in court kot case ni. Nauzubillah.


Apa2 pun baik buruk sesuatu bende 2 bergantung pada diri kita sendiri. Can pisau la kan.bole wat potong sayur or potong/ tikam orang.


Selamat Berjuang!=)

Saturday, October 17, 2009

smile=)

Pray..
live up to ur name!


and RELAX..hehe

Aku bkan Superman=)

"Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku
ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting..

Tapi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis..

Ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan..

Tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga..

Ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah selalu mau..

Kita berjanji ’tuk tidak lagi
menangis karena cinta..”








Thursday, October 15, 2009

Beauty of Math

GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Renung2kan dan selamat beramal=)


Accident dan Nyawa..

Al- Fatihah tok Allahyarham Rawi bin Gani (22 thn) yg meninggal semalam akibat accident. Arwah cedera parah akibat berlanggar dengan trak askar di Bandar Mersing balik tok lunch..walaupun xrapat sgt ngan arwah(lebih rapat ngan Poji adik arwah) tp still ada hubungan kkwan sekampung.


Agk mengejutkan..namun kita kena percaya kpda Qada’ dan QadarNya.apabila tiba masa ajal sesorang itu, tiada istilah tangguh!ramai gk geng2 sekampung yg meninggal muda..takat patah2 bese sgt. Even dalam UMS pun le tergolek mcm Encik Naim dan aku sendiri!!


Tepon mak..mak bukan men pesan jaga diri bwk moto btul2..dala aku di seberang laut kan..dengan skang assignment n due date Projek 1 yg mkin dekat semoga aku x kelam kabut bwk moto nk rushing..


Geng2..jom berubah!yg penting safety first n igt org tersayang..no more REMPIT bro!da nk exm ni pun..Xsemua kelapa yg gugur ke tanah yang tua2 kan..Apa2 pun kembali kepadaNya yg Maha Kuasa.

Al-Fatihah..

Monday, October 12, 2009

Anak Pkcik Cartwright


Aisyah..Ayat2 cinta bercerita..hehe.
skg tgu ketika cinta bertasbih lk=)

Mencari Jalan Pulang2

“Sebagai seorang manusia, kita sering mencari yang terbaik dalam segala aspek termasuk dalam sistem atau pegangan hidup yg ingin diamati. Dan tidak dinafikan sistem terbaik itu adalah Islam bukan hanya sebagai agama bahkan segai satu sistem hidup berlandaskan jalan yang lurus, sirat ‘ul-mustaqin.Sosialisme dgn penekanannya kpd keadilan ekonomi dan sosial..”


“Kapitalisme pula dgn penekanannya kpd kebebasan dan dayausaha individu akan menyambung kpd sistem “jalan yg lurus” yg sedang muncul...”


“Perjuangan untuk meninggikan bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu perlu dianggap sebagai suatu perjuangan nasional utk mengisi kemerdekaan nasional kita. Kebangsaan dalam konteks Malaysia yakni suku-bangsa lain Cina, India dan lain2 ada tempat dan hak2 masing2.Namun demikian,konteks sejarah dan budaya membuat Malaysia menjadi rantau budaya Melayu dan ia harus berpaksikan hakikat ini...”


“Seharusnya kita tidak mudah untukmengharamkan sesuatu fikiran atau ideologi. Fikiran atau ideologi yang salah harus dilawan dengan fikiran dan ideologi yang betul. Di sini pengembangan ilmu akan belaku...


Kassim Ahmad

Sunday, October 11, 2009

Mari belajar Bahasa2

Ok murid2 oleh kerana cikgu berketurunan Jawa, hari ni kita belajar Bahasa Jawa cket ye=).Kita mula dengan basic dlu:-

1= siji (eg H1NI = H siji N siji) 2=loro 3=telu

4=papat 5=limo 6=nenem

7=pitu 8=wolu

9=songo (eg Wali Songo)


ok next panggilan dalam family:-

atuk= yayi

nenek=nyai

pak cik = paman

makcik = bibik


haiwan2 lak:-

babi=chaleng (selesema chaleng?hehe)

tupai=bajeng

itik=bebek


Ok loceng rehat pun da berbunyi..Ada soalan??ala cikgu pun igt n paham cket2 jek jawa ni. Nk ckp mmg out!xpe nnti tepon mak le tmbah vocab..hehe.kita minum dlu!Bismillah=)

Mutiara Kata

“Allah tdk membebani seseorang melainkan(sesuai) dgn apa yg diberikan Allah kpdnya. Allah kelak akan memberi kelapangan setelah kesempitan” [At-Talaq, 7]


“Dunia ini bagaikan lautan yg dalam yg mana sudah ramai mereka yg ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yg menyirami tanaman”
[Wasiat Lokman al-Hakim]


“Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu”
[Imam Syafie]

Sabar & Ikhlas=)

Saturday, October 10, 2009

Mari belajar Bahasa=)

Area2 Johor:-
  • semangka(tp lebih bes sebut semangke)=tembikai
  • gerobok=loker @ almari
  • gebar (gebor)= selimut
  • ngeteh=minum2 pot2 kt warong
  • rewang=gotong-royong tok sesuatu majlis
Bahasa Medik:-
  • angin ahmar=strok
  • kencing manis=diabetis
To be continue..=)

Kehilangan2..

bende seterusnya yg hlag..
Selipar tersyang!!
Ada gk manusia yg pg sembyang jmt nk wat phala blik wat dosa ek..bengong tol!
C u..

Thursday, October 8, 2009

Kehilangan..

aku mmg bengang gler klo barang2 aku hlang.minggu ni jek benda2 ni ntah ke mana:
  • Jaket Army tersyang
  • Helmet (kt tamu gdg!!spe yg ambek aku doakan tertonggeng masuk logkang!)
  • laptop mkn bengong..wyerless n volume control pn xle.Format!
Mungkin sume kecuaian aku sendiri..tp xpuas hti gler helmet aku kena rembat..aku da sangkut kt seat die bole kasi tarik kuar..watch out spe yg wat hal 2!silap besar la!dala aku kering skg..pham2 jela k.

HARI INI HARI SEDARA, AKAN TIBA HARI SAYA.
Salam

Tuesday, October 6, 2009

Sehelai Surat Emas

March 18, 2009


Encik Asnul Hisyam bin Mohd Ali,

56A, Jalan Garuda,

Felda Nitrar (Nitar) 1,

86807 Mersing, Johor


YBhg. Saudara Asnul,


Maaf kerana tidak dapat menjawab surat lebih awal.

Sesungguhnya dunia ini penuh dengan ketidakadilan. Ada yang dapat kita atasi, ada yang tidak dan akan mengambil masa untuk dibetulkan. Kemiskinan di Sabah amat dikesali tetapi jika dapat betulkan politik dengan penyertaan kita, walaupun sedikit, kita kena lihat ketidakadilan berkurangan beransur-ansur. Sementara itu kejarlah ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Salam hormat,


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

  • Jutaan Terima Kasih=)
  • Semoga Tun sentiasa sihat di samping keluarga dan terus memberi pendapat/kritikan terhadap kerajaan.

Selamat Berkonvo

MRSM Jasin SPM ‘05

Bachelor Degree in Sc (Environmental Sc), Universiti Malaysia Sabah 2007-2010

Aminn=)

Monday, October 5, 2009

Mencari Jalan Pulang



“Bangsa Eropah terkenal dengan kegemilangan teknologi pencetakan dan industri penerbitan mereka sejak berabad lamanya.Walaupun banyak yang ditulis mereka berasa kepada kebenaran,tetapi tidak dapat tidak persepsi mereka di pengaruhi oleh kepentingan bangsa mereka. Apbila kita mengguna tulisan mereka sebagai bahan rujukan,kita secara sedar atau tidak melihat dari sudut dan pandangan mereka. Ini tidak menggambarkan situasi atau gambaran sebenar akan peristiwa dan tokoh2 dalam sejarah kita…”

“Dua perkara harus dibezakan iaitu pengetahuan Tuhan dan Perbuatan Tuhan.Tuhan tahu dari azali apa yang akan berlaku,tetapi Dia tidak mentakdirkan perlakuan itu kecuali dalam ertikata perkara2 itu berlaku mengikut undang-undangnya…”

Contoh senang, Dia tidak mentakdirkan penciptaan blog ini. Tetapi Tuhan tahu dari azali yang saya akan mencipta blog ini.

“Jika kita ingin menghapuskan khirafat dalam masyarakat kita, kita seharusnya kembali kpada pegangan tauhid,mendukung sains dan teknologi serta membebaskan masyarakat drpada penindasan feudal dan kolonial…"


-agak pening buku ni..tp membantu.thanx balas surat saya.dapat lame da bulan 3..

To be continue

An Apology...

18 Jun 2007

Em dok blek2 diari 2007, aku terbaca satu kisah yg aku akan igt sampai ble2..mcm mna nk start ek. Em,pg itu indah seperti biasa..bgun pun kol 9 lbh..bgn2 gi dapur bkk tudung saji ngah mamai2 nk breakfast. Nyai ( panggilan nenek-Jawa) tgh basuh pinggan. di pendekkan citer alih2 Nyai datang kt aku ngan ikhlas lg suci die ckp ngn loghat Jawanya “Isyam, mintak maap ye. Td Nyai bsuh pinggan terpecahkan gelas. Nyai mintak maap ye”


Aku lupa aku balas pe..tp perasaan aku bercamur aduk..pelik, bingung, sedih..seorang nenek 76 tahun meminta maap penuh ikhlas dr cucunya 18 tahun!Betapa tinggi budi bahasa orang dulu ek..knapelah aku x mewarisi sifat mulia ini? Tp aku percaya kepada peluang utk membaiki diri…asyik mencari perbezaan bila akan bertemu persamaan kan.

Marilah kita saling igt mengigati, menegur yang mungkar dan menyuburkan amar dalam perjuangan bangsa yg mulia ini.

Al-fatihah tok Nyai…

Sunday, October 4, 2009

My Family=)


the youngest one=)

golek2 smbl tgk paksu=)


Alhamdulillah semua ckup=)




1st day of Syawal=)

Jebat+Ali+Hamka=?


Kenapa byk2 name name ni gk aku pilih?eh suka ati aku lah kan..huhu. em actually name ni aku create dari tiga orang otai yg aku rasa sswai ngan jiwa aku. Jebat otai ngan semangat melawannya(Tuah terlalu obses dgn pemerintah yg zalim) dan smgt setiakawan yg tinggi.

Ali plak adlah nama kpd byk lagenda. Saidina Ali dan Mohamad Ali adalah contoh terbaik. Kedua2nya adalah pahlawan yg hebat dan mampu mempengaruhi public ngan semgat pahlawan (fighter spirit) dorang yang otai. Em aku suka Ali x bermakna aku pengikut Shiah k. Dan Mohd Ali walaupun seorang pahlawan di medan tinju di luar sungguh dedikasi kepada tugasnya sebagai seorang pulic figure n pemimpin keluarga. So berkaitan ngan pemimpin keluarga ni, abah aku pun memang nma die MOHD ALI bin Ab Majid!!Die pun idola aku gk..yela tanpa beliau xdela aku n xdela tgan utk taip post ni kan..hehe. Thaks a lot abah..teringat lak peristiwa last day Ramadan tahun lpas…smoga menjadi pengajaran buat zuriat keturunan aku..Ampunkan dosaku Oh Tuhan..aminn.

Ok next HAMKA. Seorang intelektual melayu yg tiada pengganti. Aku respect kat dia..nnt aku bg detail pasal dia.

Nway inilah aku Jebat Ali Hamka=)

Aku dan Blog

BISMILLAH..Salam perkenalan lg=). Pepatah cina kot yang cakap perjalanan seribu batu bermula dgn langkah pertama. So aku rasa dgn tertulisnya blog ni sebagai langkah pertama aku untuk moving forward (cam TOYOTA) ke depan menggapai cita2 yg aku nak. Thanx tok CTON anak cik Nardon yg guide camne nak buat blog ni semlam smp nk demam dibuatnya kesejukan kt lib. Em da lame da nak wat blog ni. Sejak cuti sem 3 lg ha. dok bosan2 kt uma aku pun geledah kt stor..nme pun stor mcm2 ada!Buku2 sin chan n penyiasat remaja aku pun ade..n newspaper lame.adelah plak HARAKAH n Suara Keadilan. Belek2 adalah satu artikel pasal blog by Ummi Mujahidah in title “Semarak Perjuangan Melalui Weblog”.Pendek citer aku pun agak ‘tersentuh’ then terus berazam nak wat blog.

Manusia di kurniakan akal utk berfikir dan menjadikan kita berbeza dgn binatang.Walaupun ramai yang berperangai serupa mcm binatang! Mungkin ditakdirkan Tuhan aku dikurniakan akal yg agk kreatif utk menjana idea2. Kkdang aku terbaring sampai subuh xbole tdo dok pkiaq mcm2 politik,future, sukan semualah..then lpas subuh tdo then ponteng kelas!hehe

Salah satu objektif aku tulis ni pun utk share ngan public idea2 aku ni kot2 dpat membantu others sesuai ngan pemikiran aku sebagi seorang pemuda. En Nordi Achie pernah cakap Malaysia ialah sebuah Negara tanpa bangsa..dan baru2 ni aku ada terbaca memeng xwujud perpaduan di kalangan rakyat Msia!hnya sekadar luaran tp dlaman masing2 masih bersikap resist!tetapi aku percaya tiada benda yg mustahil kat dunia ni.

Semoga aku boleh terus istiqamah. Aminn=)

Saturday, October 3, 2009

Salam Perkenalan=)

"Dengan menulis hasil bantuan teknologi kita berkenalan..dengan berkenalan kita berkasih syang ..dengan berkasih syang kita bercinta..dengan bercinta kita dekat dengan-Nya." -Ikhlas Dr. Jebat Ali Hamka