Wednesday, December 30, 2009

Sem 6 a.k.a FINAL sem!

Salam..akhirnya sampailah aku sem terakhir..em mcm2 dalam kepala skg ni..plan nk wat pe, nk cari jodoh ke kan..huhu.em apa2 pun kita la utamakan study aku ni..thesis Pjek 2=fokus bro!




Cmfm la asigment byk..sampai tensen2..klo x byk bukan student nmanye kan..discussion amatlah diperlukan..group works pun sume kenala participate kan..jgn lah dok mnumpang jek..igt nnt ko nk kje bole tumpang2 ni?aku lempang bru tau..huhu..em las sem means nk grade..grade means nk kje..dan dgn da berkerjalah aku da msuk golongan lain..da beralih ke satu alam yg lain..moga aku bersedia menempuh ke alam itu..aminn





b4 that perlulah rjin2 pg kuliah kan..bosan belakng cter..
em marilah berdoa sem las ni membwa byk pengalamn suka n duka yg bole menjadikan kita manusia yg lebih baik..manusia yg menggunakan kelebihan utk menghulur bantuan, manusia yg mengakui kelemahan dan belajar dari kesalahan..dan manusia yg inisiatif mencari keredhaan-Nya..

cam bese:LET'S FIGHT!!=)

Thursday, December 17, 2009

TAHNIAH!


"MALAYSIAKU CEMERLANG
NAMAMU DI JULANG"




alhamdulillah..
akhirnya msia dapt gk pgt emas bola sepak sukan sea..las sekali tahun 1989..sebaya aku beb!hehe..em tahniah diucapkan kpd semua..dari pemain, jurulatih, pengurusan even tukang sorak pun..detik2 ni mmg dinantikan la sng citer..kwn2 pempuan cm akma,eira,nisak n zhopia pun layan tgk..yg lelaki jagn ckp la..maki hamun a.k.a mencarut mmg cmfmla..huhu.

p/s em gmbar atas bukan team msia yg mng emas ni..aku g webste FAM, tulis c2 team Under 23..jp lg ni team yg lwn Mu aritu..ape da




Em harap dengan kejayan ni x membuai pemain2 ni..byk lg cabaran mennti..harap FAM mahupun semua pihak cam KBS (ada gk sms Datuk Razali), pihak swasta, dan pengurusan kelab2 perlu terus konsisten memberi feedback..media n pengkritik2 perlu seiring membantu lg menaikkan imej n kualiti mutu bola sepak kt msia ni..sedangkan Iraq yg perang bole mng Piala Asia..negara2 kecil cam Slovenia, Slovakia pun layak g World Cup!selamat la Bosnia klah ngn Portugal..klo x lg lak gempak..klo x terpaksala mamat Ronaldo tgk WC 2010 kt uma dia..huhu.

hope satu hari nnt lagu Negaraku akan turut bergema di Piala Dunia..aminn
aim, n let's fight!!

Sunday, December 13, 2009

Petua Imam Syafie2

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ariesyah Fatnin bt Asrul Anwar


Salam..em nila budak nkal yg sakit sampai kne tahan wad!huhu..selamat la Pak Su xblik..klo x abesla budak ni kne cubit..em, nway syukur Alhamdulillah 30hb Nov aritu da bole kuar wad..ha lupa lak..kejadian ni berlaku pada petang raya 27hb..dugaan raya2 kan Eisya. 30hb Jan ni dia akan berusia setahun..em jap jek..k tggu Pak Su blik k..tata, jgn nakal2 lg=)




Cam kenal jek rimau 2??mahal 2 Pak Su beli tau..huu..
bubye..

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Friday, December 4, 2009

Karena Wanita

Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu simbol keanggunan khas perawan
yang… kau miliki

Akulah pengagum ragamu
Tak ingin kumenyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang mengancam… nodai… sucinya lahirmu

Chorus:
Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia… dengan kasih sayang

Ingin kuajak engkau menari
Bermandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Bagi semesta cinta kita

Bintang terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk dan menjagamu

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli keluarga,
sedara mara dan sahabat handai..
semoga kita dapat berkorban untuk sesuatu impian,
sesuatu perjuangan dan sesuatu pemikiran..
salam perantau..
-Jebat Ali Hamka-
November 2009

Wednesday, November 25, 2009

Melayu dalam Perlembagaan

a)Definisi orang Melayu ialah:
-beragama Islam

-betutur dalam bahasa Melayu

-mengamalkan adat Melayu yang mewakili Raja2 Melayu


b) Kontrak sosial (KS)

-KS bukanlah istilah undang2. Ia satu perjanjian antara kaum2 di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800 ribu kepada orang Cina dan India semasa menuntut kemerdekaan dahulu.

-Penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan, mereka ini perlu diberi kewarganegaraan.

-Sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagi peribumi di negara ini.

-Keistimewaan2 itu ialah:

    1. pentadbiran negara ini diberikan kpd orang Melayu
    2. pelajaran dan biasiswa diberikan kpd orang Melayu
    3. permit dan perniagaan diberikan kpd orang Melayu




c) Raja2 Melayu sentiasa berpandangan jauh dengan menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu dan kemudiannya ditubuhkan pula undang2 rezab tanah Melayu.




d) Terdapat dua (2) tiga serangkai hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan:


1. Warisan orang Melayu:

- Raja Berpelembagaan

-Agama Islam

- Bahasa Melayu



2. Pusaka orang Melayu:

-Askar Melayu

- Tanah rezab Melayu

-Kedudukan istimewa orang Melayu


Hadis


kita semua adalah pemimpin..
sekurang2nya pemimpin kpd diri sendiri..
yang di atas igt yang di bawah..
yang di bawah mengingatkan dan menegur yang di atas..
Amar Makruf Nahi Mungkar..
teruskan perjuangan..
let's fight!!

PERLEMBAGAAN

  • Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripda lima kaum:
    1. Orang Asli
    2. Orang Melayu
    3. Kaum bumiputera Sarawak
    4. Kaum Bumiputera Sabah
    5. Kaum2 lain

  • Apabila menurunkan taraf orang Melayu kpd kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum2 lain”. Oarng Cina dan India adalah bangsa Malaysia yg ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan diikuti bumiputera Sarawak dan Sabah. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum2 lain sampai ke Negara ini.

  • Perlembagaan mendiskriminasi kedudukan kaum2 lain?

- Tidak ada diskriminasi kerana semua pihak yang terlibat dalam penggubalan Perlembagaan telah mempersetujui semua perkara sebelum Perlembagaan dimeterai.

- Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan TIDAK LANSUNG menyebut tentang kaum Cina dan India.


p/s Sumber dari wawancara di Mingguan Malaysia (Ahad, 23 Ogos 2009) dengan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.