Wednesday, November 25, 2009

KEBOSANAN dan KECELARUAN

Salam. Sebenarnya agk malas untuk mengulas politik di Msia ni..tp agk kebosanan 2 3 hari ni adalah juga bahan tok post kt sini. Sebagai seorang Melayu Islam tentunya aku mempunyai kecenderungan untuk mempertahankan tanah pusaka ni. Xkira la dari apa pun..dari penjajahan bentuk baru (penjajahan minda) mahupun hasrat sesetengah pihak untuk secara rakus dan kosisten mencabar kesabaran bangsa Melayu.


Aku pernah terbaca satu wawancara di Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 23 Ogos 2009 dengan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang memberi satu penjelasan telus lg tulus di sisi perlembagaan Negara tercinta ini berkaitan keistimewaan yang diberikan kepada orang2 Melayu. Isu ini timbul apabila ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa misi mencapai kemerdekaan.


Aku bukanlah ingin bersikap rasis tp hanya sekadar satu pandangan hasil KEBOSANAN dan KECELARUAN sistem politik di Msia ini. Mungkinkah Wawasan 2020 dapat dicapai? 11 tahun bukanlah satu jangka masa yang lama..sebelum menuding jari mencari kesalahan orang lain, marilah kita memuhasabah diri sendiri. Pemimpin parti berteraskan kaum perlu mengenepikan sikap selfish sebaliknya memandang jauh ke hadapan untuk mencapai kemajuan tanpa mengabaikan sistem jaringan sosial, hukum-hakam dan undang2, toleransi antara kaum dan sikap saling menghormati.


Wallahualam..=)

0 comments: